SlideShow




2

Hadiah Hari Jadi

kisah ini berlaku pada bulan July yang lepas selang 2 hari selepas Hari Jadi aku maka, berlakulah peristiwa yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila pada petang yang sangat terik, aku ketika itu sedang bermain game Age of Empire III (Asian Dinasty) tiba-tiba

"ding dong"

bunyi mesej allert Sony Ericsson W880i(hp pinjam) aku
ehh ?? W880i aku bagi 1 mesej kat aku
7-July-2011 Thursday 2.51 pm from ......
"Awk! Sy otw p KL taw! XD"

hati berkata "Wah!! ape ni ? dah gerak pergi KL baru bagitahu"
last minute baru diberitahu setelah seminggu 2 hari diamkan diri
tapi tak apalah, kebetulan aku kat KL masa tu.
saja bertukar "hometown"

lalu, aku reply "hah ?? sekarang ? naik ape ? nak jumpe boleh ??"
mula-mula aku tak yakin boleh dapat ke tidak jumpa beliau

Jumaat
aku busy celebrate birthday aku yang "terjatuh" pada 8 July
Sabtu
aku "di Kandangkan" gara-gara rusuhan BERSIH yang menyusahkan aku tu
Ahad
beliau temankan makcik beliau pergi jalan-jalan di KL
Isnin
beliau kena balik ke tempat asal dan aku ada interview kerja di syarikat abang aku

"sah!! mesti tak dapat jumpa , dah lah setahun lebih tak jumpa !!"
bisik hati yang kacau kegelisahan

Ahad tu aku dari Cheras lepak minum di Nana Cafe sambil shisha bersama teman
beliau mesej aku, "Awk! Mcm mana? Mcm mana?"
sebelum tu beliau suruh aku temankan beliau ke Terminal Pudu untuk hantar pulang
tapi aku pulak tak sure, esok ada interview.
adess~ (mengeluh)

hati ni terkenja-kenja nak jumpa beliau
dengan perasaan tenang suam-suam gelisah aku reply mesej beliau
"sya ta taw lg. nt sya blik umah sya try bincang ngan abg"
beliau tunggu mesej dari aku sementara tunggu aku habiskan shisha ni dan pulang ke rumah
hati berkata, harap-harap tak ada halangan esok

habis lepak di Nana Cafe, tiba di Apartment Metro Prima
"abg !! bukak pintu ni.. org da balik!!"
terpampar muka abang aku di depan pintu lalu berkata
"Sham, interview kau tu dah habis tempoh lah"
aku yang masih tercongok di luar blur sebentar
tak sempat masuk dan tak cakap apa-apa~

Tuhan telah beri aku peluang untuk berjumpa dengan beliau pada ke esokan harinya
masuk ke dalam bilik lalu mengeluarkan W880i dan terus menghantar mesej kepada beliau
"awk!! esok sya ta jd g interview tu. sya msuk uma je abg trus ckp trkh intrview tu da abes. mcm taw2 je. haha. hepy+kecewe skit. tp yg penting sya dpt jmpe awk ! Hee^^"

malam tu kami rasa tak sabar untuk tunggu hari esok
masing-masing menggelabah keseronokan
maklumlah, sekian setahun 6 bulan tidak diketemukan
maka esok lah aku nak luahkan perasaan rindu kepada beliau

ke esokan hari 11-July-2011 Isnin

11-July-2011 9.28 am
"Awk! Bngon dah?" beliau mesej

10.12 am beliau call aku
"Alamakk!! dah pukol berapa dah ni??"
dalam keadaan mamai, dah lambat .
kami janji pukul 10-11 keluar rumah
aku pula tidor sampai tak ingat dunia

maka bergegas ke kamar mandi, lalu aku pown "mandi kerbau"
tapi aku tetap kelihatan berseri ya(puji diri sendiri XD)
hasilnya aku lewat 16 minit
aduhh~ nasib baik beliau tak marah

"ehh, awak. saya dtg Kepong okeyy ? kite jumpa kat Stesen Kepong" kata beliau
kata aku pula"awakk, Kajang ngan Kepong sangat jauh okeyy. biar saya je pergi Stesen Kajang"
hasil nya pertemuan kami bermula di Stesen KTM Terminal Bersatu Selatan
di Bandar Tasek Selatan setelah penat bertarung mesej dan call
tiba saja di sana, terconggok beliau menunggu aku dengan keadaan yang panas

Wahhh~ setelah kian lama tidak berjumpaakhirnya dapat juga jumpa beliau
dari atas sampai kebawah , beliau dah berubah
makin mengancam dan bergaya !!
yang penting beliau semakin comel !!
HAHA~

tanpa melengahkan masa yang banyak terlengah
kami menuju ke Plaza Rakyat iaitu Hentian Pudu
sepanjang perjalanan.. tersengeh, tersimpuh, tersenyum ibarat kerang busuk
maklum lah, sekian lama tidak berjumpa
tambahan pula beliau ni orang yang teragung dalam hidup aku(ayat nak class)
bayangkan perasaan gembira tu berapa juta dah tercipta dihati aku ni yang dah lama bersawang
rasa nak menjerit kegembiraan pown ada jugak
tapi masih boleh dikawal, kang terjerit-jerit kat tren dapat pula penampar free oleh penumpang tren
HEHE~

tiba di Terminal Pudu kira-kira dalam pukul 12.55 terus ke kaunter tiket
tiket sudah dibeli, 2.30 pm beliau akan bertolak pulang
aku hanya ada 1 jam setengah saja
waktu yang singkat tu la kami spend bersama-sama

kami habiskan masa di Mamak sebelah Mydin untuk makan tengahari
di hidangkan nasi goreng ayam 2, teh O ais dan milo ais
malangnya, makanan tengahari kami menjadi penonton dikala kami yang masih tersengeh-sengeh sejak dari tadi
beliau tengok aku, lalu aku tengok beliau
lama-lama makanan pown jadik sejuk
baik-baik lapar terus menjadi kenyang
kenyang sebab lihat wajah beliau

kasihan si nasi goreng ayam

tiada apa yang diborakkan
masing-masing tersimpuh kemaluan
ehemm~ bukan yang tu =,=
bak kata lagu Dina "ku mahu tapi ku malu"
ikutkan hati, soalan aku memang banyak yang mahu ditanya
soalan wartawan punyaa~ namun, simpan jelah XD

jam menunjukkan 1.48 p.m
"awakk, jom lah kite gerakk" seruan beliau
"abg, kila asing ka, kila sekali ?" tegur si mamak
"sekali !!" beliau berkata
aku yang ketika itu sedang tarek wallet dari poket di seru simpan balik
aku paksa beliau tolak, apakan daya, mengalah sudah tapi agak malu jugak.

lalu, kami pown beredar dari Mamak tersebut dan menunuju ke Teminal Pudu
tiba di sana masing-masing diam terkesima
lebih senyap daripada kami di Mamak tadi
kenapa ya ??

pilu rupanya yang membelenggu kami
sebentar lagi beliau akan pulang ke tempat asal yang jauh di sana
entah kapan lagi bisa diketemukan
rindu tu mesti sentiasa bermain-main di fikiran

jam menunjukan pukul 2.00 p.m
kami ke Platform 19 untuk menuju ke Bas yang bakal beliau naiki
pemandu Konsortium sudah bersedia untuk bertolak
aku menghantar beliau sampai ke atas Bas
2 bag galas oleh aku, dan 1 bag di pikul oleh beliau

di dalam bas sempat bercekerama pula
penumpang bas mula menjeling-jeling tanda soal
usah di peduli lalu menatap rupa comel beliau
ucapan selamat tinggal membuatkan aku sayu sangat
mata dah merah, cuma tunggu air mata jatuh saja
tapi tahan tetap tahan walaupun aku kelihatan senyum

aku turun ke bas tersebut lalu berkata pada Pemandu bas
"abg, hati-hati ok ?? jangan bawak laju-laju"
lalu ke tepi bas menunggu bas bertolak
kata beliau yang menggunakan bahasa isyarat
"awak balik dulu, saya OK ni"
tolak bulat-bulat dari aku, "tak apa, saya nak tunggu awak"
aduhh, penumpang belakang tu sebuk menjeling aku
kacau betul lah, baru nak buat "Flying kiss" kat beliau

lalu, setelah menunggu hampir 7 minit, Konsortium pun mula mengerangkan enjin nya
menandakan mahu bertolak gerak
lambaian tangan masing-masing berperang
SELAMAT TINGGAL AWAK

setelah bas tersebut beredar, aku pun beredar menuju ke stesen LRT Plaza Rakyat
dengan hati pilu, kini aku pulang ke Kepong tanpa teman
bertambah pilu rasa hati ini
air mata mahu jatuh tapi tetap di tahan rapi
terbongkar malu pula kalau ia jatuh

"kak, Bandar Tasek Selatan untuk seorang"
kata aku ke kaunter tiket
lalu menuju ke terminal Tren dan menunggu Tren yang bakal tiba
sambil-sambil aku keluarkan W880i aku lalu mesej beliau

sedang aku menaip mesej tiba-tiba "DingDong"
mesej dari beliau aku terima
"Awkkkkk! Thank you so much okay! Awk dtang pudu ngn sy. Awk kna blek kepong sorg2! Soryy awkk! Sy happy sgt. Sy syg awk okay BiE! :')"
terkedu dan diam seketika lalu tersengeh sumbing aku di buatnya

"thx awak. terubat rindu dihati ni. rindu sgt kat awak. thx 4 evrythin okeyy awak ?? tc taw. sya tak kesah. awak tu jga diri okeyy ?? sya pown happy sgtSGT dpt jumpa awk, Hanya DIA ja taw betapa gembiranya sya bila jumpa awak td. sya pown syg awk jgak DiE!!"
maka, mesej itu di balas oleh aku
lalu aku seru beliau berehat dalam bas tersebut memandangkan aku pon sebuk perhatikan perjalanan pulang ke Kepong
takut tersalah naik tren, sesat pula jadi nya
hasilnya, sepanjang perjalanan aku, aku tersenyum simpuh
ibarat di lamun cinta bagai

tiba di Stesen Bandar Salak Selatan, aduhh~
tiba-tiba hati bertambah pilu apabila aku melalui tempat beliau menunggu aku
aku seperti nampak kelibat beliau yang berbaju bunga bewarna hijau sedang menunggu aku
setelah di lempang oleh diri sendiri, tu hanya lah ilunasi saja
apakah maksud nya ?? angau di lamun cinta dengan beliau
adakah sejarah dulu akan merungkap kembali ??

lalu cepat beredar dari situ dan terus membeli tiket KTM Komuter untuk ke Kepong
mahu cepat-cepat pulang kerumah berehat
terlebih angau sudah ni
nanti lain pula jadi nya dengan senyum-senyum kambing yang di bawa dari Terminal Pudu tadi

setelah hampir 2 jam perjalanan termasuk aku menunggu tren
Alhamdulillah, akhirnya tiba di rumah dengan selamat
sampai kerumah, mencari chager telefon lalu telantar di atas katil sambil tersengeh-sengeh
kenapa lah tak mahu hilang penyakit senyum aku ni ??
kemudian aku mesej beliau mengatakan aku selamat tiba di rumah
beliau tak reply, mungkin tidur kepenatan kot.

sambil terlantar di atas katil sambil-sambil memikirkan beliau
sehinggalah terlelap di buatnya
tak sampai 2 minit aku lelapkan mata
"DingDong" W880i berbunyi
"awak, bas berhenti rehat ni, tapi saya tak kuar pown. malas nak kuar"
tiba-tiba segar bugar mata aku bila membaca mesej oleh beliau
pada waktu itu, kami pown balas membalas mesej
baik-baik ngantuk terus segar bagai di simbah air sebaldi

"awakkkk! i fall in love with you backkk!! iloveyousomuch."
tersenyap terus aku pabila terbaca mesej beliau ni
alamakk. apa aku nak reply ni ?
gelisah mengelabah dibuatnya
padahal waktu itu, hanya Tuhan saja tahu bertapa terujanya aku
cuma tergamam seketika serta blur tidak tahu mahu balas apa

tarik nafas panjang-panjang lalu aku balas mesej beliau dengan tenang
takut tersalah mesej, lain pula jadi nya
"awak tak pernah hilang dalam ingatan saya. saya selalu tunggu awak. saya tak rasa kisah dulu kembali berlaku sekali lagi. awak serius ke ?"
lalu beliau membalas
"sya tak taw, tapi yang pasti sya happy sgt dgn awak. sya ikowt awak kalau awak tak kesah! tp yg pasti sya syg awak sorang ja dulu dan skrang"

pada mulanya keputusanku hanya mahukan beliau jadi sahabat saja
kerana aku takut hati aku mungkin disakiti lagi
namun, bila di fikirkan balik jika kami sebagai pasangan, sudah tentu layanan baik daripada layanan sebagai seorang sahabat akan aku terima
lebih-lebih lagi beliau sangat penting dalam hidup aku
lagipun, beliau kelihatan lebih matang dan berfikiran rasional daripada dulu
aku suka beliau yang sekarang ni

"kita kapel balik okeyy ? bile kite kapel sya rse diri sya d'jaga. so sya nak awak jga sya elok2, n sya nak jga awk elok2 jugakk. bab mesej tu sya tak kesah jarang mesej sya or sering mesej sya. tp mesej la sya jika rindu sbb sya nak tgk org tu ingt kat kite ke takk."

YA !! aku terima lamaran beliau dengan hati yang selesa tanpa was-was
kerana aku tahu, kebarangkalian sejarah dulu tu berulang lagi adalah mustahil untuk berlaku
jadi kami di istiharkan sebagai pasangan kekasih sekali lagi
kali ini, kami tampak pasangan kekasih yang lebih matang serta bahagia
masing-masing berfikiran dewasa kerana pengalaman dulu banyak mengajar kami
aku juga tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan aku kali ini

perasaan aku pada ketika itu hanya tuhan saja yang tahu
dari siang hingga ke malam, aku yang waras ni hampir jadi tidak waras gara-gara beliau
rasa nak menjerit sekuat hati menyebut perkatan ini saja, "I LOVE YOU ...."
nasib baik lah rumah abang aku berbentuk apartment
silap-silap aku dapat "kasut terbang" dari jiran sebelah :)

peluang ke 2 yang Tuhan beri pada aku, aku tak akan sia-siakan
aku nak jadi yang terbaik untuk beliau dan nak buat beliau bahagia di samping aku
itu JANJI aku kepada beliau
dan Alhamdulillah, sehingga sekarang kami masih bahagia dan mesra
harap ia berkekalan sampai bila-bila
Amin~

itulah Hadiah Hari Jadi yang paling bernilai yang aku terima sepanjang hidup aku
~Tuhan Hadiahkan Peluang Kedua Pada Aku~



TERIMA KASIH AWAK. SAYA SAYANGKAN AWAK !!

SIAP_lova <3

2 comments:

Nizam Aziz

alolololo, suweeeetnya ! <3

aien

phewitttttt ! ooops ter-stalk blog ko lak. hihihihi

nah aiensamian.blogspot.com

Post a Comment