SlideShow




0

fikir sejenak

pada malam yang dingin di sebuah taman yang sepi
si Anjing bertemu dengan si Tikus dengan perasaan yang dingin
lalu si Tikus berkata kepada si anjing

Tikus : Ehh Anjing, kenapa kamu muram saja ? ada masalah ke ? cuba share dengan aku.
Anjing : tak ada lah Tikus, hati aku tengah panas ni !! aku rasa macam nak gigit seseorang saja
Tikus : lah, kenapa ni anjing ? meh cerita kat aku. kot-kot aku boleh bantu kau.

lalu si anjing duduk di sebelah si Tikus dan menceritakan masalahnya kepada si Tikus.

Anjing : macam ni Tikus, tadi aku berjalan-jalan di hujung taman ni, kemudian aku terserempak dengan pasangan kekasih ni. mereka boleh pula bersandiwara dalam kawasan gelap. lalu mereka ternampak aku dan terus membaling batu ke arah aku. bukan itu saja, mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat pada aku. "puihh punya binatang !! HARAM !! NAJIS !! puihh !! puihh !! CELAKA !!". lalu aku berlari jauh dari mereka. haihh~

si Anjing mengeluh kesedihan.

Tikus : sudah lah Anjing, jangan lah kau bersedih. dah nasib kita sebagai haiwan yang tak sempurna manusia. bersabar jelah he ??
Anjing : aku bukan apa Tikus, aku tahu aku ni haiwan yang haram di sisi Agama Islam. tapi jika tersentuh aku, mereka boleh samak. tapi yang aku bengang mereka ni tahu pulak haram apa semua. yang mereka sentuh bukan muhrim tu tak tahu ke itu haram ? boleh samak ke dosa mereka tu ? hishh~ panas betul lah hati aku ni.
Tikus : sudah lah Anjing, jangan kau mengamuk tak tentu pasal. yang tu biarlah mereka berurusan sendiri dengan Tuhan di Akhirat nanti. kau sabar je he ??

tiba-tiba si Kucing yang menyibuk melintas depan mereka lalu berkata.

Kucing : Anjing, kau pergi buat pembedahan tukar wajah tu lagi senang. berwajah Arnab ke, Kuda ke, tak pun macam aku ni. semua manusia suka sebab comel. kikiki~
Tikus : weh kucing, kau tak menyakat Anjing tak boleh he ?? cuba lah bagi semangat sikit kat Anjing ni.
Kucing : diam lah. aku makan kau nanti !!

lalu si Anjing dan si Tikus pun beredar pulang ke sarang masing-masing. bergitu juga dengan si Kucing.

renung-renungkan lah. fikir sejenak dan banyakkan beramal :)

0 comments:

Post a Comment