SlideShow




2

cita-cita saya ialah ...



bapak nya, mahukan nya
jadi seorang askar
bukan cita-cita nya
bukan impian nya






abah cakap
"kenapa kau tak nak jadi macam Abah ?
jadi Askar, kan bagus tu
dalam keluarga kita ni sorang pun tak ada yang ikut jejak Abah"


saya jawab
"Askar ? pegang senapang pun tak larat lagi nak jadi Askar"

mak cakap
"cita-cita kau ? aku tak nak tanya apa cita-cita kau, yang penting dah kerja nanti kasi aku duit
duit tu penting sham !!"


saya jawab
"duit, duit, duit je Mak ni."

cikgu cakap
"sham jadilah seorang cikgu, saya tengok sham ada sifat kepimpinan dan garang.
mesti murid-murid takut tengok sham dan Insyallah, sham mesti jadi cikgu yang cemerlang"







saya jawab
"saya tak minat jadi cikgu la cikgu. nak cakap kat depan orang ramai pun gagap-gagap, ada hati nak jadi cikgu"

abang cakap
"kau belajar bidang Pengurusan Matlumat atau Bisnes, lepas tu jadi Pegawai di Industri Kerajaan. cerah masa depan kau"






saya jawab
"tak mahu. terlalu formal dan terlalu politik. saya tak suka politik la Abang "

kakak cakap
"kau jadi Dokter lah. nanti kita bukak hospital atau klinik sama-sama. kau jadi Dokter, aku jadi Nurse. ok tak ??"






saya jawab
"saya takut darah lah Kakak. lagipun "result" saya teruk, Kakak nak saya jadi Dokter ??
lain kali saja lah"


habis tu ?
ini tak nak, itu tak nak
apa cita-cita kau ni Sham ??

dulu-dulu kala

abad di Sekolah Tadika
"ite nak jadi Polis, nanti boleh ite tangkap orang jahat"






fikiran ke budak-budakkan hanya bertahan untuk seketika sahaja

abad di Sekolah Rendah
"saya nak jadi seorang Juruterbang sebab Abah cakap gajinya besar. lepas tu boleh terbang mana-mana je"






masih belum matang. asalkan boleh

abad di Sekolah Menengah
"saya nak jadi seorang Geologist iaitu Pengkaji Tanah. nanti jika berlaku Gempa Bumi saya lah orang nya yang akan menyelesaikan masalah ini"






terlupa, kat Malaysia mana ada Gempa Bumi =,="

semuanya tak kena dengan hasratnya
lalu bertukar cita-cita lagi

Nak jadi penyanyi lah
mesti terkenal suatu hari nanti






Pakcik Ramli cakap
"JANGAN !! muzik tu sangat memeningkan kepala daripada subject Matematik"

melepas lah lagii~

sehingga ke sekarang, cita-cita aku masih tidak dapat di kenal pasti lagi
nak jadi seorang yang macam mana ni ??

Haaa~
HACKER lah
saya budak IT, awak jaga-jaga taw !!




2 comments:

krunkcymunchy

baguih btui cite2 jd hacker.. sye p0n nak..

mirashaera kamalluddin
This comment has been removed by the author.

Post a Comment