SlideShow




0

Coretan Ramadhan Al-Mubarak





Salam Ramadhan

menahan lapar serta dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari
anggapan masa zaman budak-budak
dah besar ni tahu pulak bagusnya berpuasa
banyak kebaikannya serta menjana pahala yang lumayan
wahh.. ayatt~

puasa daripada melakukan maksiat
puasa daripada merokok
puasa untuk kuruskan badan(padahal dah kurus)
puasa untuk berjimat-cermat(makan sekali je)
syukurlah aku dilahirkan sebagai sorang Islam

kata puasa, maka terkenang ketika berpuasa dengan Hausemate
rindu saja sehingga tak terhingga
ahli kolej katakan
hidup tanpa keluarga dan berdikari sendiri

terkenang bila tiba waktu berbuka
serumah merempit kebazar Ramadhan yang berdekatan
cari juadah berbuka puasa sehingga tawaf berkali-kali
sampai makcik tukang jual kenal kami

tiba dirumah kotak rokok dicarinya
haihh~ hidup sebagai perokok tegar katakan
berbuka secara beramai-ramai
seronok, 2 ronok, 3 ronok dan beronok-ronok

terkenang pula bila waktu bersahur
yang mana jadi "musang", itulah jam loceng kami
menu sahur, Sardin dan telur dada
chef nya tahu respi tu saja
apakan daya

tapi aku bersahur hanya beberapa keping roti saja
dan segelas air milo atau susu
maklumlah, penyakit apa ntah hidap perot aku
makan yang berat-berat, maka esok pagi mula lah mencari toilet
lalu, bersahurkan roti saja.

kadang-kala, tak bersahur pown
dan kadang-kala, bersahurkan rokok saja
dah menjadi kebiasaan menjadi Nurhisham Rahmat ni
bak kata orang, senang dibela :)

wah rindunya nak berpuasa dengan hausemate aku
rindu akan gelagat hausemate aku setiap detik
Aliff
sentiasa memastikan hausematnya puasa, kalau tak puasa ceramah akan diberikan scara percuma
kadang-kala jadi tukang masak yang berjaya XD
Mahfuz
puasa sambil berdaet. jaga badan katakan.
kalau aku tak puasa, jelingan sinis yang tajam aku akan terima dari beliau :D
Amer a.k.a Mat ROck
wahhh~ ini tok dalang.. kadang-kadang aku tak puasa gara-gara beliau.
kalau istilahnya, memanjang datang bulan.
tapi puasa tetap puasa, ponteng tu tetap ponteng. Istilah beliau =,="
sampai aku pown terikut-ikut dengan beliau
Nizam a.k.a TOk Ajie
gelaran TOk aji, akhirnya kecundang dengan ajakan Mat Rock..
tidur sepanjang hari.. time berbuka je beliau bangon.
tapi seronok berpuasa dengan beliau
Hebat tak Hebat O_O"
Mirul a.k.a Pakya
puasa Full saja.. selalu ajak ke tarawikh, tapi kadang-kala aku ni malas
HUHU~ maaf ya Pakya XD itulah Pakya, kalau gadis nak carik calon suami, cari Pakya okeyy ?? kachak pown kachak~ HEHE~
Apiz Mista
jam loceng kami bila nak bersahur. cukup masa beliau berbunyi
tapi kadang-kala beliau kalah juga dengan katil kesayangan beliau XD
Jazli a.k.a Kotang
bulan puasa ke, bulan biasa ke bagi beliau tetap sama
bila berhadapan dengan laptop, waktu makan tak ingat langsung
tak hairanlah beliau ni berpuasa penuh. senang bela beliau ni ^-^

Rindunya pada meraka
aku juga ingin ucapkan Selamat Berpuasa pada mereka
rindukan masa berpuasa beramai-ramai
kenangan berpuasa di rumah bujang tak akan dilupakan

dan juga kepada kamu yang mengenali saya
semua umat Islam di serata tempat
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
ikhlas dari saya



0 comments:

Post a Comment