SlideShow




0

Tsunami di Jepun

11 Mac 2011
sekali lagi dunia di gemparkan dengan gempa bumi sekali gus melahirkan Tsunami setinggi 10meter di Timur Jepun
Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter menyebabkan kerosakan teruk di negara tersebut
gempa kali ini menjadi gempa kedua yang terkuat selepas gempa berukuran 9.0 skala richter yang pernah melanda Jepun 300 tahun dahulu

bagaikan jatuh ditimpa tangga
selepas gempa yang kuat itu menggegarkan Bandar Sendai Miyaki Jepun , berusulan pula gelombang Tsunami setinggi 10 meter melanda negara tersebut
gelombang tersebut juga memberi amaran kepada 53 buah negara lain supaya berwaspada akan lebihan Tsunami dari pusat gempa

Tsunami setinggi 10 meter itu bukan saja menghayutkan kenderaan dan bangunan sahaja , malah mampu menghanyutkan kapal terbang serta kapal pelabuhan sekali gus
logi nuklear yang bertempat di Fukushima juga turut mengalami kebakaran yang teruk
berkemungkinan penduduk Jepun juga mengalami wabak penyakit yang berpunca dari logi nuklear tersebut

setakat ini , hampir 400 orang terkorban secara rasmi di Sendai Jepun sahaja
namun , pihak Jepun menganggarkan lebih 10 000 orang mungkin terkorban dalam bencana tersebut
di fahamkan , angka kematian itu hanya terdiri daripada sebuah negara iaitu Miyaki
di fahamkan juga , Jepun akan mengalami sekali lagi gempa yang berukuran 7 skala richter dalam peratus yang tinggi iaitu 70%

ini adalah antara gambar-gambar serta video bencana yang telah saya peroleh dari pelbagai sumber




















































































antara koleksi video Bencana Tsunami yang menjadi pilihan









sumber : google.com , youtube , Tanya ArEaL Fan , BCC News , myMetro & dll

0 comments:

Post a Comment