SlideShow




0

call me when you're sober

luar tajuk posting dalam English
isinya posting dalam Bahasa Malayu
tak apa , bukan tak sengaja , tapi sengaja
Bahasa Melayu tu kan indah
kalau tulis dalan English pown macam lah korang nak baca

apasaja lah
orang kata lain , dia sebut lain
macam entry aku kali ni
tengok luar English , tengok dalam Bahasa Melayu
apa yang aku cuba katakan ni , "itulah Melayu"

panggil saya ketika awak "mabuk"
itu lah maksud nya
bila kita mabuk , "TENANG" jadinya
kenapa ketika mabuk ?

waras jadi tak waras
ingat jadi lupa
susah jadi senang
benda burok jadi benda baik
"asalkan boleh" bak kata perpatah




alangkah bagosnya kalau kita "mabuk"

orang sekiling tak akan mengganggu kita
kerja tak perlu buat
tak perlu menepati masa
buat sesuka hati tanpa orang marah
tak perlu mengikut peraturan serta displin
hati dan perasaan orang tak perlu ambil kisah
"buat" selagi ia boleh "buat"




bukankah itu semua yang kamu mahu ?
tentu seronok jika berlaku
tapi sekarang ni bukan dah berlaku ke ?
dan apa kaitan "itulah Melayu" ?
0

don't call me when you're arisen

jangan paggil saya ketika awak sedar ?
jangan paggil saya ketika awak mabuk ?

apa bezanya dengan entry sebelum ni ?
kalau dalam matapelajaran Bahasa Melayu
ianya di sebut "kata lawan"
atau dalam English "antonym"

jangan panggil saya ketika awak "sedar"
itu lah maksud nya
bila kita sedar , "HURU-HARA" jadinya
kenapa ketika sedar ? bukan semasa mabuk ?

tak waras jadi waras
lupa jadi ingat
senang jadi susah
perkara baik jadi perkara burok
"terkongkong" bak kata perpatah

tentu tak best bila jadi orang yang sentiasa "sedar"

yelah , hidup sentiasa terganggu
orang tak akan ganggu orang yang tak waras
kerja pula wajib di laksanakan , jika tak orang akan marah
sentiasa menepati masa kalau tak mahu di cop "itulah Melayu"
di kongkong dan tak bole buat pekara yang "haram"
peraturan perlu di ikuti serta berdisplin
bila lakukan sesuatu kena ambil kisah tentang perasaan orang lain
leceh nya bergini

serba "batak" , maka "itulah Melayu"
tak menepati masa , maka "itulah Melayu"
skema sentiasa , maka "itulah Melayu"
hanya sekadar berkata-kata , maka "itulah Melayu"
di beri nasihat yang baik , maka "itulah Melayu"
janji yang tak di ungkap , maka "itulah Melayu"

kalau dalam English , kami gunakan "verbs"
"verbs" di gunakan untuk menetukan perkara yang
telah berlaku , sedang berlaku , dan akan berlaku iaitu
"past tense" , "present tense" , "future tense"

apa maksud semua ni ?
perkara ini menyatakan fikiran manusia
kita tak boleh fikir perkara yang hanya berpihak kepada "present tense"
tanpa "past tense" & tanpa "future tense" , maka ayat yang kita nak cipta itu tak sempurna
bergitu juga dengan fikiran manusia
kita fikir ke satu arah , kita tak akan maju sampai bila-bila
serta tersepit dengan persekitaran yang bermain dengan keadaan kita

"itulah Melayu"
Melayu yang mencipta ayat tanpa "past tense" & "future tense"
hanya berfikir dengan ape yang sedang berlaku saja
sempurnakah "karangan" yang mereka cipta ?



SERABUT ??

kalau korang bijak
LAWANKAN ayat dengan entry "call me when you're sober" & "dont call me when you're arisen"
tentu ada makna di sebaliknya
0

Nak ni ! Nak tu !

saja bosan-bosan update entry yang bukan-bukan
hihi~

aku tengah cari barang ni sebenarnya
barang yang aku idam-idamkan selama ni
kot-kot ada orang nak belikan untuk aku ke
hihihi~

dalam pelancaran nak beli kasut ni
SUPRA lah
tapi mana nak cari pown tak taw
macam susah nak nampak kasut SUPRA ni


Lepas tu nak kasut RADII
smart pulak bila tengok Will.I.Am pakai
beli kan 1 boleh ?


Boot Gucci
keluaran Gucci yang terbaru
alamakk !!
keliur aku tengok
siap lah Gucci , aku redah kau dulu !


boot Gucci tadi sesuai pakai ngan jacket macam ni
haihhh , mesti nampak kacak kan ?


pastu kalau musim hujan atau sejuk
sesuai kan diri dengan jacket macam ni
aku ni jacket labuh-labuh
bukan jacket , tapi coat


perfume aku dah nak habis
BVLGARI Aqva
(Pour Homme) menjadi pilihan hati aku
perokok macam aku ni sesuai pakai perfume ni
kena asap rokok , bau dia tetap menyerlah
tapi harga pown menyerlah lah
nak ni ! nak ni !
bukan Minho ni lah !
aku buat rambut macam dia
hehe~ cute so sweeettt~
dalam prosess menbela rambut panjang
pastu perm sikit kat atas tu ..
kachaakkkk =3


target tahun ni nak beli camera 1
nak buat kerja part time
tapi tak tahu bila boleh dapat
namun CANON EOS 550D menjadi pujaan hati


aku minat main keyboard
walaupun tak pandai sangat
tapi setakat suka-suka apasalah nya
asalkan boleh main
Yamaha MOTIF XF8
terhangat di pasaran =)



ASUS model P501
alamakk !!
bagi pengemar game macam aku
laptop macam ni terbaik
bentuk badan pon lawa
hihi~
bilakah aku dapat miliki kau ??


aku tengah menunggu seorang datin sposer ni .
Ssangyong Rexton
awww , awww si bercita rasa orang tua aku ni
aku suka kereta 4x4 , tak minat kereta kecik-kecik ..

2

si gadis pujaan hati . .

korang-korang dan korang
mesti nak tahu kan ciri-ciri gadis pujaan hati ?
hihi~ ayat jiwang .
mari baca entry ni kalau berani =p

orang nya mesti lah ada ciri-ciri berikut


◄ jujur dan setia ►
◄ faham memahami each other ►
◄ jangan paksa memaksa aku sebab aku ta suka ►
◄ tinggi serta ramping ►
◄ pakai shawl bagi yang bertudung ►
◄ berambut panjang bagi yang tak bertudung ►
◄ pandai bergaya atau versetyle ►
◄ no hipokrit and no perempuan gedik-gedik ►
◄ matang dan bukan propa semata-mata ►
◄ low profile , bukan mata duitan ►
◄ masih dara serta anak halal ►

tapi sekarang susah nak carik perempuan yang cukup syarat ni
belum tentu boleh dapat
tapi
kalau dapat terus buat sujud syukur
hehe~


ni pulak
10 gadis yang aku suka kat dunia ni :))


Liyana Jasmay





Yuna





Ayumi Hamasaki





Lisa Surihani





Juliana Evans





Choi Jun Won





Lee Si Young





Beyonce Knowles






Heliza






Avril Lavigne

0

Tsunami di Jepun

11 Mac 2011
sekali lagi dunia di gemparkan dengan gempa bumi sekali gus melahirkan Tsunami setinggi 10meter di Timur Jepun
Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter menyebabkan kerosakan teruk di negara tersebut
gempa kali ini menjadi gempa kedua yang terkuat selepas gempa berukuran 9.0 skala richter yang pernah melanda Jepun 300 tahun dahulu

bagaikan jatuh ditimpa tangga
selepas gempa yang kuat itu menggegarkan Bandar Sendai Miyaki Jepun , berusulan pula gelombang Tsunami setinggi 10 meter melanda negara tersebut
gelombang tersebut juga memberi amaran kepada 53 buah negara lain supaya berwaspada akan lebihan Tsunami dari pusat gempa

Tsunami setinggi 10 meter itu bukan saja menghayutkan kenderaan dan bangunan sahaja , malah mampu menghanyutkan kapal terbang serta kapal pelabuhan sekali gus
logi nuklear yang bertempat di Fukushima juga turut mengalami kebakaran yang teruk
berkemungkinan penduduk Jepun juga mengalami wabak penyakit yang berpunca dari logi nuklear tersebut

setakat ini , hampir 400 orang terkorban secara rasmi di Sendai Jepun sahaja
namun , pihak Jepun menganggarkan lebih 10 000 orang mungkin terkorban dalam bencana tersebut
di fahamkan , angka kematian itu hanya terdiri daripada sebuah negara iaitu Miyaki
di fahamkan juga , Jepun akan mengalami sekali lagi gempa yang berukuran 7 skala richter dalam peratus yang tinggi iaitu 70%

ini adalah antara gambar-gambar serta video bencana yang telah saya peroleh dari pelbagai sumber




















































































antara koleksi video Bencana Tsunami yang menjadi pilihan

video


video


video



sumber : google.com , youtube , Tanya ArEaL Fan , BCC News , myMetro & dll