SlideShow




2

cita-cita saya ialah ...



bapak nya, mahukan nya
jadi seorang askar
bukan cita-cita nya
bukan impian nya






abah cakap
"kenapa kau tak nak jadi macam Abah ?
jadi Askar, kan bagus tu
dalam keluarga kita ni sorang pun tak ada yang ikut jejak Abah"


saya jawab
"Askar ? pegang senapang pun tak larat lagi nak jadi Askar"

mak cakap
"cita-cita kau ? aku tak nak tanya apa cita-cita kau, yang penting dah kerja nanti kasi aku duit
duit tu penting sham !!"


saya jawab
"duit, duit, duit je Mak ni."

cikgu cakap
"sham jadilah seorang cikgu, saya tengok sham ada sifat kepimpinan dan garang.
mesti murid-murid takut tengok sham dan Insyallah, sham mesti jadi cikgu yang cemerlang"







saya jawab
"saya tak minat jadi cikgu la cikgu. nak cakap kat depan orang ramai pun gagap-gagap, ada hati nak jadi cikgu"

abang cakap
"kau belajar bidang Pengurusan Matlumat atau Bisnes, lepas tu jadi Pegawai di Industri Kerajaan. cerah masa depan kau"






saya jawab
"tak mahu. terlalu formal dan terlalu politik. saya tak suka politik la Abang "

kakak cakap
"kau jadi Dokter lah. nanti kita bukak hospital atau klinik sama-sama. kau jadi Dokter, aku jadi Nurse. ok tak ??"






saya jawab
"saya takut darah lah Kakak. lagipun "result" saya teruk, Kakak nak saya jadi Dokter ??
lain kali saja lah"


habis tu ?
ini tak nak, itu tak nak
apa cita-cita kau ni Sham ??

dulu-dulu kala

abad di Sekolah Tadika
"ite nak jadi Polis, nanti boleh ite tangkap orang jahat"






fikiran ke budak-budakkan hanya bertahan untuk seketika sahaja

abad di Sekolah Rendah
"saya nak jadi seorang Juruterbang sebab Abah cakap gajinya besar. lepas tu boleh terbang mana-mana je"






masih belum matang. asalkan boleh

abad di Sekolah Menengah
"saya nak jadi seorang Geologist iaitu Pengkaji Tanah. nanti jika berlaku Gempa Bumi saya lah orang nya yang akan menyelesaikan masalah ini"






terlupa, kat Malaysia mana ada Gempa Bumi =,="

semuanya tak kena dengan hasratnya
lalu bertukar cita-cita lagi

Nak jadi penyanyi lah
mesti terkenal suatu hari nanti






Pakcik Ramli cakap
"JANGAN !! muzik tu sangat memeningkan kepala daripada subject Matematik"

melepas lah lagii~

sehingga ke sekarang, cita-cita aku masih tidak dapat di kenal pasti lagi
nak jadi seorang yang macam mana ni ??

Haaa~
HACKER lah
saya budak IT, awak jaga-jaga taw !!




0

D I A M



shhhhhhhhhhhhh~
diam sana, diam sini, diam situ
jangan bising, jangan kacau, jangan tegur
tutup mulut jangan berkata-kata

kenapa ? kenapa ? kenapa ?
ohh shit !! bila berkata-kata aku hanya bawa bala pada dia
tak habis-habis menyusahkan dia
nasib selalu tak bersama-sama dengan aku

diam adalah lebih baik dari pada berkata-kata

OK ! OK ! OK !
saya diam
jangan tegur dia
jangan ganggu dia
jangan bercakap dengan dia
jangan cari dia

biarkan dia tenang tanpa aku
biarkan dia bahagia tanpa aku
biarkan dia tersenyum tanpa aku
biarkan, biarkan dia

maaf maaf maaf
maaf kerana saya suka menimbulkan kekacauan
maaf kerana saya membuat awak rusing
maaf kerana saya selalu menyusahkan awak

saya diam
awak jangan tegur saya

shhhhhhhhhh~
0

fikir sejenak

pada malam yang dingin di sebuah taman yang sepi
si Anjing bertemu dengan si Tikus dengan perasaan yang dingin
lalu si Tikus berkata kepada si anjing

Tikus : Ehh Anjing, kenapa kamu muram saja ? ada masalah ke ? cuba share dengan aku.
Anjing : tak ada lah Tikus, hati aku tengah panas ni !! aku rasa macam nak gigit seseorang saja
Tikus : lah, kenapa ni anjing ? meh cerita kat aku. kot-kot aku boleh bantu kau.

lalu si anjing duduk di sebelah si Tikus dan menceritakan masalahnya kepada si Tikus.

Anjing : macam ni Tikus, tadi aku berjalan-jalan di hujung taman ni, kemudian aku terserempak dengan pasangan kekasih ni. mereka boleh pula bersandiwara dalam kawasan gelap. lalu mereka ternampak aku dan terus membaling batu ke arah aku. bukan itu saja, mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat pada aku. "puihh punya binatang !! HARAM !! NAJIS !! puihh !! puihh !! CELAKA !!". lalu aku berlari jauh dari mereka. haihh~

si Anjing mengeluh kesedihan.

Tikus : sudah lah Anjing, jangan lah kau bersedih. dah nasib kita sebagai haiwan yang tak sempurna manusia. bersabar jelah he ??
Anjing : aku bukan apa Tikus, aku tahu aku ni haiwan yang haram di sisi Agama Islam. tapi jika tersentuh aku, mereka boleh samak. tapi yang aku bengang mereka ni tahu pulak haram apa semua. yang mereka sentuh bukan muhrim tu tak tahu ke itu haram ? boleh samak ke dosa mereka tu ? hishh~ panas betul lah hati aku ni.
Tikus : sudah lah Anjing, jangan kau mengamuk tak tentu pasal. yang tu biarlah mereka berurusan sendiri dengan Tuhan di Akhirat nanti. kau sabar je he ??

tiba-tiba si Kucing yang menyibuk melintas depan mereka lalu berkata.

Kucing : Anjing, kau pergi buat pembedahan tukar wajah tu lagi senang. berwajah Arnab ke, Kuda ke, tak pun macam aku ni. semua manusia suka sebab comel. kikiki~
Tikus : weh kucing, kau tak menyakat Anjing tak boleh he ?? cuba lah bagi semangat sikit kat Anjing ni.
Kucing : diam lah. aku makan kau nanti !!

lalu si Anjing dan si Tikus pun beredar pulang ke sarang masing-masing. bergitu juga dengan si Kucing.

renung-renungkan lah. fikir sejenak dan banyakkan beramal :)
2

Hadiah Hari Jadi

kisah ini berlaku pada bulan July yang lepas selang 2 hari selepas Hari Jadi aku maka, berlakulah peristiwa yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila pada petang yang sangat terik, aku ketika itu sedang bermain game Age of Empire III (Asian Dinasty) tiba-tiba

"ding dong"

bunyi mesej allert Sony Ericsson W880i(hp pinjam) aku
ehh ?? W880i aku bagi 1 mesej kat aku
7-July-2011 Thursday 2.51 pm from ......
"Awk! Sy otw p KL taw! XD"

hati berkata "Wah!! ape ni ? dah gerak pergi KL baru bagitahu"
last minute baru diberitahu setelah seminggu 2 hari diamkan diri
tapi tak apalah, kebetulan aku kat KL masa tu.
saja bertukar "hometown"

lalu, aku reply "hah ?? sekarang ? naik ape ? nak jumpe boleh ??"
mula-mula aku tak yakin boleh dapat ke tidak jumpa beliau

Jumaat
aku busy celebrate birthday aku yang "terjatuh" pada 8 July
Sabtu
aku "di Kandangkan" gara-gara rusuhan BERSIH yang menyusahkan aku tu
Ahad
beliau temankan makcik beliau pergi jalan-jalan di KL
Isnin
beliau kena balik ke tempat asal dan aku ada interview kerja di syarikat abang aku

"sah!! mesti tak dapat jumpa , dah lah setahun lebih tak jumpa !!"
bisik hati yang kacau kegelisahan

Ahad tu aku dari Cheras lepak minum di Nana Cafe sambil shisha bersama teman
beliau mesej aku, "Awk! Mcm mana? Mcm mana?"
sebelum tu beliau suruh aku temankan beliau ke Terminal Pudu untuk hantar pulang
tapi aku pulak tak sure, esok ada interview.
adess~ (mengeluh)

hati ni terkenja-kenja nak jumpa beliau
dengan perasaan tenang suam-suam gelisah aku reply mesej beliau
"sya ta taw lg. nt sya blik umah sya try bincang ngan abg"
beliau tunggu mesej dari aku sementara tunggu aku habiskan shisha ni dan pulang ke rumah
hati berkata, harap-harap tak ada halangan esok

habis lepak di Nana Cafe, tiba di Apartment Metro Prima
"abg !! bukak pintu ni.. org da balik!!"
terpampar muka abang aku di depan pintu lalu berkata
"Sham, interview kau tu dah habis tempoh lah"
aku yang masih tercongok di luar blur sebentar
tak sempat masuk dan tak cakap apa-apa~

Tuhan telah beri aku peluang untuk berjumpa dengan beliau pada ke esokan harinya
masuk ke dalam bilik lalu mengeluarkan W880i dan terus menghantar mesej kepada beliau
"awk!! esok sya ta jd g interview tu. sya msuk uma je abg trus ckp trkh intrview tu da abes. mcm taw2 je. haha. hepy+kecewe skit. tp yg penting sya dpt jmpe awk ! Hee^^"

malam tu kami rasa tak sabar untuk tunggu hari esok
masing-masing menggelabah keseronokan
maklumlah, sekian setahun 6 bulan tidak diketemukan
maka esok lah aku nak luahkan perasaan rindu kepada beliau

ke esokan hari 11-July-2011 Isnin

11-July-2011 9.28 am
"Awk! Bngon dah?" beliau mesej

10.12 am beliau call aku
"Alamakk!! dah pukol berapa dah ni??"
dalam keadaan mamai, dah lambat .
kami janji pukul 10-11 keluar rumah
aku pula tidor sampai tak ingat dunia

maka bergegas ke kamar mandi, lalu aku pown "mandi kerbau"
tapi aku tetap kelihatan berseri ya(puji diri sendiri XD)
hasilnya aku lewat 16 minit
aduhh~ nasib baik beliau tak marah

"ehh, awak. saya dtg Kepong okeyy ? kite jumpa kat Stesen Kepong" kata beliau
kata aku pula"awakk, Kajang ngan Kepong sangat jauh okeyy. biar saya je pergi Stesen Kajang"
hasil nya pertemuan kami bermula di Stesen KTM Terminal Bersatu Selatan
di Bandar Tasek Selatan setelah penat bertarung mesej dan call
tiba saja di sana, terconggok beliau menunggu aku dengan keadaan yang panas

Wahhh~ setelah kian lama tidak berjumpaakhirnya dapat juga jumpa beliau
dari atas sampai kebawah , beliau dah berubah
makin mengancam dan bergaya !!
yang penting beliau semakin comel !!
HAHA~

tanpa melengahkan masa yang banyak terlengah
kami menuju ke Plaza Rakyat iaitu Hentian Pudu
sepanjang perjalanan.. tersengeh, tersimpuh, tersenyum ibarat kerang busuk
maklum lah, sekian lama tidak berjumpa
tambahan pula beliau ni orang yang teragung dalam hidup aku(ayat nak class)
bayangkan perasaan gembira tu berapa juta dah tercipta dihati aku ni yang dah lama bersawang
rasa nak menjerit kegembiraan pown ada jugak
tapi masih boleh dikawal, kang terjerit-jerit kat tren dapat pula penampar free oleh penumpang tren
HEHE~

tiba di Terminal Pudu kira-kira dalam pukul 12.55 terus ke kaunter tiket
tiket sudah dibeli, 2.30 pm beliau akan bertolak pulang
aku hanya ada 1 jam setengah saja
waktu yang singkat tu la kami spend bersama-sama

kami habiskan masa di Mamak sebelah Mydin untuk makan tengahari
di hidangkan nasi goreng ayam 2, teh O ais dan milo ais
malangnya, makanan tengahari kami menjadi penonton dikala kami yang masih tersengeh-sengeh sejak dari tadi
beliau tengok aku, lalu aku tengok beliau
lama-lama makanan pown jadik sejuk
baik-baik lapar terus menjadi kenyang
kenyang sebab lihat wajah beliau

kasihan si nasi goreng ayam

tiada apa yang diborakkan
masing-masing tersimpuh kemaluan
ehemm~ bukan yang tu =,=
bak kata lagu Dina "ku mahu tapi ku malu"
ikutkan hati, soalan aku memang banyak yang mahu ditanya
soalan wartawan punyaa~ namun, simpan jelah XD

jam menunjukkan 1.48 p.m
"awakk, jom lah kite gerakk" seruan beliau
"abg, kila asing ka, kila sekali ?" tegur si mamak
"sekali !!" beliau berkata
aku yang ketika itu sedang tarek wallet dari poket di seru simpan balik
aku paksa beliau tolak, apakan daya, mengalah sudah tapi agak malu jugak.

lalu, kami pown beredar dari Mamak tersebut dan menunuju ke Teminal Pudu
tiba di sana masing-masing diam terkesima
lebih senyap daripada kami di Mamak tadi
kenapa ya ??

pilu rupanya yang membelenggu kami
sebentar lagi beliau akan pulang ke tempat asal yang jauh di sana
entah kapan lagi bisa diketemukan
rindu tu mesti sentiasa bermain-main di fikiran

jam menunjukan pukul 2.00 p.m
kami ke Platform 19 untuk menuju ke Bas yang bakal beliau naiki
pemandu Konsortium sudah bersedia untuk bertolak
aku menghantar beliau sampai ke atas Bas
2 bag galas oleh aku, dan 1 bag di pikul oleh beliau

di dalam bas sempat bercekerama pula
penumpang bas mula menjeling-jeling tanda soal
usah di peduli lalu menatap rupa comel beliau
ucapan selamat tinggal membuatkan aku sayu sangat
mata dah merah, cuma tunggu air mata jatuh saja
tapi tahan tetap tahan walaupun aku kelihatan senyum

aku turun ke bas tersebut lalu berkata pada Pemandu bas
"abg, hati-hati ok ?? jangan bawak laju-laju"
lalu ke tepi bas menunggu bas bertolak
kata beliau yang menggunakan bahasa isyarat
"awak balik dulu, saya OK ni"
tolak bulat-bulat dari aku, "tak apa, saya nak tunggu awak"
aduhh, penumpang belakang tu sebuk menjeling aku
kacau betul lah, baru nak buat "Flying kiss" kat beliau

lalu, setelah menunggu hampir 7 minit, Konsortium pun mula mengerangkan enjin nya
menandakan mahu bertolak gerak
lambaian tangan masing-masing berperang
SELAMAT TINGGAL AWAK

setelah bas tersebut beredar, aku pun beredar menuju ke stesen LRT Plaza Rakyat
dengan hati pilu, kini aku pulang ke Kepong tanpa teman
bertambah pilu rasa hati ini
air mata mahu jatuh tapi tetap di tahan rapi
terbongkar malu pula kalau ia jatuh

"kak, Bandar Tasek Selatan untuk seorang"
kata aku ke kaunter tiket
lalu menuju ke terminal Tren dan menunggu Tren yang bakal tiba
sambil-sambil aku keluarkan W880i aku lalu mesej beliau

sedang aku menaip mesej tiba-tiba "DingDong"
mesej dari beliau aku terima
"Awkkkkk! Thank you so much okay! Awk dtang pudu ngn sy. Awk kna blek kepong sorg2! Soryy awkk! Sy happy sgt. Sy syg awk okay BiE! :')"
terkedu dan diam seketika lalu tersengeh sumbing aku di buatnya

"thx awak. terubat rindu dihati ni. rindu sgt kat awak. thx 4 evrythin okeyy awak ?? tc taw. sya tak kesah. awak tu jga diri okeyy ?? sya pown happy sgtSGT dpt jumpa awk, Hanya DIA ja taw betapa gembiranya sya bila jumpa awak td. sya pown syg awk jgak DiE!!"
maka, mesej itu di balas oleh aku
lalu aku seru beliau berehat dalam bas tersebut memandangkan aku pon sebuk perhatikan perjalanan pulang ke Kepong
takut tersalah naik tren, sesat pula jadi nya
hasilnya, sepanjang perjalanan aku, aku tersenyum simpuh
ibarat di lamun cinta bagai

tiba di Stesen Bandar Salak Selatan, aduhh~
tiba-tiba hati bertambah pilu apabila aku melalui tempat beliau menunggu aku
aku seperti nampak kelibat beliau yang berbaju bunga bewarna hijau sedang menunggu aku
setelah di lempang oleh diri sendiri, tu hanya lah ilunasi saja
apakah maksud nya ?? angau di lamun cinta dengan beliau
adakah sejarah dulu akan merungkap kembali ??

lalu cepat beredar dari situ dan terus membeli tiket KTM Komuter untuk ke Kepong
mahu cepat-cepat pulang kerumah berehat
terlebih angau sudah ni
nanti lain pula jadi nya dengan senyum-senyum kambing yang di bawa dari Terminal Pudu tadi

setelah hampir 2 jam perjalanan termasuk aku menunggu tren
Alhamdulillah, akhirnya tiba di rumah dengan selamat
sampai kerumah, mencari chager telefon lalu telantar di atas katil sambil tersengeh-sengeh
kenapa lah tak mahu hilang penyakit senyum aku ni ??
kemudian aku mesej beliau mengatakan aku selamat tiba di rumah
beliau tak reply, mungkin tidur kepenatan kot.

sambil terlantar di atas katil sambil-sambil memikirkan beliau
sehinggalah terlelap di buatnya
tak sampai 2 minit aku lelapkan mata
"DingDong" W880i berbunyi
"awak, bas berhenti rehat ni, tapi saya tak kuar pown. malas nak kuar"
tiba-tiba segar bugar mata aku bila membaca mesej oleh beliau
pada waktu itu, kami pown balas membalas mesej
baik-baik ngantuk terus segar bagai di simbah air sebaldi

"awakkkk! i fall in love with you backkk!! iloveyousomuch."
tersenyap terus aku pabila terbaca mesej beliau ni
alamakk. apa aku nak reply ni ?
gelisah mengelabah dibuatnya
padahal waktu itu, hanya Tuhan saja tahu bertapa terujanya aku
cuma tergamam seketika serta blur tidak tahu mahu balas apa

tarik nafas panjang-panjang lalu aku balas mesej beliau dengan tenang
takut tersalah mesej, lain pula jadi nya
"awak tak pernah hilang dalam ingatan saya. saya selalu tunggu awak. saya tak rasa kisah dulu kembali berlaku sekali lagi. awak serius ke ?"
lalu beliau membalas
"sya tak taw, tapi yang pasti sya happy sgt dgn awak. sya ikowt awak kalau awak tak kesah! tp yg pasti sya syg awak sorang ja dulu dan skrang"

pada mulanya keputusanku hanya mahukan beliau jadi sahabat saja
kerana aku takut hati aku mungkin disakiti lagi
namun, bila di fikirkan balik jika kami sebagai pasangan, sudah tentu layanan baik daripada layanan sebagai seorang sahabat akan aku terima
lebih-lebih lagi beliau sangat penting dalam hidup aku
lagipun, beliau kelihatan lebih matang dan berfikiran rasional daripada dulu
aku suka beliau yang sekarang ni

"kita kapel balik okeyy ? bile kite kapel sya rse diri sya d'jaga. so sya nak awak jga sya elok2, n sya nak jga awk elok2 jugakk. bab mesej tu sya tak kesah jarang mesej sya or sering mesej sya. tp mesej la sya jika rindu sbb sya nak tgk org tu ingt kat kite ke takk."

YA !! aku terima lamaran beliau dengan hati yang selesa tanpa was-was
kerana aku tahu, kebarangkalian sejarah dulu tu berulang lagi adalah mustahil untuk berlaku
jadi kami di istiharkan sebagai pasangan kekasih sekali lagi
kali ini, kami tampak pasangan kekasih yang lebih matang serta bahagia
masing-masing berfikiran dewasa kerana pengalaman dulu banyak mengajar kami
aku juga tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan aku kali ini

perasaan aku pada ketika itu hanya tuhan saja yang tahu
dari siang hingga ke malam, aku yang waras ni hampir jadi tidak waras gara-gara beliau
rasa nak menjerit sekuat hati menyebut perkatan ini saja, "I LOVE YOU ...."
nasib baik lah rumah abang aku berbentuk apartment
silap-silap aku dapat "kasut terbang" dari jiran sebelah :)

peluang ke 2 yang Tuhan beri pada aku, aku tak akan sia-siakan
aku nak jadi yang terbaik untuk beliau dan nak buat beliau bahagia di samping aku
itu JANJI aku kepada beliau
dan Alhamdulillah, sehingga sekarang kami masih bahagia dan mesra
harap ia berkekalan sampai bila-bila
Amin~

itulah Hadiah Hari Jadi yang paling bernilai yang aku terima sepanjang hidup aku
~Tuhan Hadiahkan Peluang Kedua Pada Aku~



TERIMA KASIH AWAK. SAYA SAYANGKAN AWAK !!

SIAP_lova <3
0

SEPI



HP disebelah
rokok ditangan
mata ke langit
mencari dimanakah Bulan
teringat, awal bulan puasa.
anak Bulan ada lah
tu pown belum tentu dapat lihat

haihhh~
tertanya-tanya
"kenapalah HP aku diam saja"
mana tukang beri mesej nya ?
mana tukang telefon nya ?
mana tukang 3G nya ?
diam terkedu kesunyian

ada ke tiada ?
orang tu... alahh, orang tulah
yang mana ?? yang tu lahh~
yang gitu-gitu tuu~

hUrm..
yang tu, ada saja
tapi masa untuk kita yang tiada
sebab tu la kita macam orang lepas muflis
macam dah tak ada apa-apa kat dunia ni

tertanya persoalan nya
siapa buat siapa yang ada tak ada ?
tak marah, tapi pilu
mahukan dia, tapi dia mahukan aku ke ?

mungkin nasib tak menyebelahi aku
apakan daya, terima dengan hati yang terbuka
yang pasti rindu tu tetap rindu
tapi rindu orang tu macam mana pula ye ?

aku tak kesah
aku tak kesah
aku tak kesah
dan aku tak kesah

tapi aku mengharap
dengar seruan aku
dengar bisikan pilu hatiku
dengar kesunyianku yang melarat
dengar degupan jantungku yang hanya berdengup demi kamu

percaya atau tidak
hanya kau yang aku rindui
hanya kau yang aku cintai
hanya kau yang aku perlukan
hanya kepada mu aku mengharap

SIAP_lova <3
0

Coretan Ramadhan Al-Mubarak





Salam Ramadhan

menahan lapar serta dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari
anggapan masa zaman budak-budak
dah besar ni tahu pulak bagusnya berpuasa
banyak kebaikannya serta menjana pahala yang lumayan
wahh.. ayatt~

puasa daripada melakukan maksiat
puasa daripada merokok
puasa untuk kuruskan badan(padahal dah kurus)
puasa untuk berjimat-cermat(makan sekali je)
syukurlah aku dilahirkan sebagai sorang Islam

kata puasa, maka terkenang ketika berpuasa dengan Hausemate
rindu saja sehingga tak terhingga
ahli kolej katakan
hidup tanpa keluarga dan berdikari sendiri

terkenang bila tiba waktu berbuka
serumah merempit kebazar Ramadhan yang berdekatan
cari juadah berbuka puasa sehingga tawaf berkali-kali
sampai makcik tukang jual kenal kami

tiba dirumah kotak rokok dicarinya
haihh~ hidup sebagai perokok tegar katakan
berbuka secara beramai-ramai
seronok, 2 ronok, 3 ronok dan beronok-ronok

terkenang pula bila waktu bersahur
yang mana jadi "musang", itulah jam loceng kami
menu sahur, Sardin dan telur dada
chef nya tahu respi tu saja
apakan daya

tapi aku bersahur hanya beberapa keping roti saja
dan segelas air milo atau susu
maklumlah, penyakit apa ntah hidap perot aku
makan yang berat-berat, maka esok pagi mula lah mencari toilet
lalu, bersahurkan roti saja.

kadang-kala, tak bersahur pown
dan kadang-kala, bersahurkan rokok saja
dah menjadi kebiasaan menjadi Nurhisham Rahmat ni
bak kata orang, senang dibela :)

wah rindunya nak berpuasa dengan hausemate aku
rindu akan gelagat hausemate aku setiap detik
Aliff
sentiasa memastikan hausematnya puasa, kalau tak puasa ceramah akan diberikan scara percuma
kadang-kala jadi tukang masak yang berjaya XD
Mahfuz
puasa sambil berdaet. jaga badan katakan.
kalau aku tak puasa, jelingan sinis yang tajam aku akan terima dari beliau :D
Amer a.k.a Mat ROck
wahhh~ ini tok dalang.. kadang-kadang aku tak puasa gara-gara beliau.
kalau istilahnya, memanjang datang bulan.
tapi puasa tetap puasa, ponteng tu tetap ponteng. Istilah beliau =,="
sampai aku pown terikut-ikut dengan beliau
Nizam a.k.a TOk Ajie
gelaran TOk aji, akhirnya kecundang dengan ajakan Mat Rock..
tidur sepanjang hari.. time berbuka je beliau bangon.
tapi seronok berpuasa dengan beliau
Hebat tak Hebat O_O"
Mirul a.k.a Pakya
puasa Full saja.. selalu ajak ke tarawikh, tapi kadang-kala aku ni malas
HUHU~ maaf ya Pakya XD itulah Pakya, kalau gadis nak carik calon suami, cari Pakya okeyy ?? kachak pown kachak~ HEHE~
Apiz Mista
jam loceng kami bila nak bersahur. cukup masa beliau berbunyi
tapi kadang-kala beliau kalah juga dengan katil kesayangan beliau XD
Jazli a.k.a Kotang
bulan puasa ke, bulan biasa ke bagi beliau tetap sama
bila berhadapan dengan laptop, waktu makan tak ingat langsung
tak hairanlah beliau ni berpuasa penuh. senang bela beliau ni ^-^

Rindunya pada meraka
aku juga ingin ucapkan Selamat Berpuasa pada mereka
rindukan masa berpuasa beramai-ramai
kenangan berpuasa di rumah bujang tak akan dilupakan

dan juga kepada kamu yang mengenali saya
semua umat Islam di serata tempat
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
ikhlas dari saya



0

Penunggu Teragung

"Ding Dong~"
bunyi mesej alert H/P aku
terkenja-kenja membelek siapa gerangan yang menghantar mesej tersebut
hati berkata "mesti Dia yang mesej"

tiba di H/P tersebut, "ohh, OK. awak yang mesej rupanya
terima kasih sebab awak sentiasa mesej saya
awak tak jemu-jemu mesej saya dan hiburkan hati saya
awak sentiasa hantar MMS yang cantik-cantik dekat saya"
terima kasih awak :) [MAXIS]

di sebaliknya~

hati agak hampa
manakah beliau ni ??
senyap tanpa berita dan khabar
rindu aku tetap rindukan kamu





kemudian~

"DingDong"
sekali lagi ia berbunyi-bunyi
kali ni mesti beliau yang mesej
lalu mencapai H/P di meja sebelah

=,=" "ohh, sahabat mesej bertanya khabar"
"ohhh, sahabat mesej ajak melepak"
"ohh, sahabat mesej mahu bertanyakan sesuatu"
lain yang di pinta, lain pula yang dapat

manakah beliau nie ??
penah aku menunggu sepanjang hari
haihhhh~

" awak, saya tak kesah kalau awak diamkan diri
saya tahu apa yang awak buat dan awak tak akan curang
saya percayakan awak, awak taw ??
tapi, saya tak paksa awak okeyy ?? "

cuma, saya nak cakap saya RINDU sangat kat awak~

menunggu tanpa mengira masa dan tempat
datang RINDUnya tanpa di undang
harapan jangan di harap sangat
sang penunggu tetap menunggu
walau khabar dan berita tidak diterima

tapi bila penampakan "cahaya" lalu tetap bersyukur
kerana sang penunggu pasti yang dirinya di RINDUi jua


credit to:
SIAP_Lova <3
2

ITS ALL ENDS~ Harry Potter and The Deathly Hallows

punyalah minat gila cerita ini
aku sanggup habiskan 11 tahun untuk katamkan cerita ini
"kenapa tak beli novel jek ??"
ohh, saya tidak suka membaca
hehe~

7.15 minit malam 14-JUly-2011 sehingga pukul 9 malam
maka, aku tamatkan cerita ni di TGV Cinemas di Wangsa Walk
seronok dan aku kasi 5 bintang
hehe~

Bermula dari Chapter Pertama iaitu pengenalan cerita Harry Potter
Harry Potter and Sorcerers Stone




kemudian chapter kedua Harry Potter iaitu
Harry Potter and The Chamber Of Secret




kemudian chapter ketiga Harry Potter iaitu
Harry Potter and The Prisoner Of Azkaban
mengisahkan tentang Sirius Black iaitu Harry Potter's Godfather





kemudian chapter ke empat Harry Potter iaitu
Harry Potter and The Goblet Of Fire
chapter inilah Lord Voldemort di hidupkan kembali




Harry Potter dirancakkan sekali lagi dengan chapter ke lima iaitu
Harry Potter and The Order Of Pheonix
aku suka chapter ni sebab ada babak menarik iaitu
Albus Dumbledore VS Lord Voldemort




kemudian chapter seterusnya mengisahkan Severus Snape iaitu
Harry Potter and The Half Blood Prince
korang mesti ingat Snape ni jahat kan sebab dia bunuh Dumbledore ??
korang tunggu jekk nanti !!




kemudian pengakhiran cerita Harry Potter yang di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu
Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1






dan penutup cerita bersiri Harry Potter iaitu
Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 (Its All Ends)




aku ceritakan serba sikit cerita ni
selebih nya kamu tengok lah sendiri kat wayang tu
ahaha~
tapi memang Syok mengamcam !!
Sedih pown ada jugakk !!
yang penting GEMPAKKKKK !!!!

ni ada serba sedikit poster yang aku ambil dari Harry Potter Oficial Facebook Page




Harry Potter
Hero dalam cerita ini
anak kepada James Potter and Lily Potter
Godfather Sirius Black
kalau korang nak tahu dia ni kalau tidak jadi anak Severus Snape
HAAA~ pelik kan ?? tengok sendiri lah !!




si Geneus Harmione Granger
Kawan baik Harry Potter dan girlfriend Ron Weasley




si Wicked !! "Bloody Hell" tu jela ayat yang dia suka sebut !!
Ron Weasley, seorang yang kelakar dan girlfriend kepada Harmione
serta rakan perjuangan Harry Potter untuk menentang Lord Voldermort




Neville Longbottom
agak pelik nama nya tapi dia ni seorang yang taat pada rakannya
agak lurus bendul tapi seorang yang berani
dialah musnahkan Horcrux yang terakhir iaitu Nagini (ular kesayangan Lord Voldemort)




Lord Voldemort or Dark Lord
watak antogonis dalam filem Harry Potter ni
seorang yang jahat dan bencikan kebahagiaan
dia dan kuncu-kuncunya wajib musnahkan Harry Potter sebelum Harry Potter musnahkan nya




Bellatrix Lestrange
kuncu-kuncu yang taat pada Lord Voldemort
kenapa aku cakap taat, sebab dia sorang je yang patuh pada Voldemort
yang lain hampeh. hehe~
aku paling suka watak Bellatrix ni
kejam tapi comel
ayat yang aku suke ("I killed Sirius Black, come to get me")
haha~ comel~





pelakon terhebat Severus Snape
mati-matian aku ingat dia jahat sangat
rupa-rupanya dia baik dan Harry Potter & Voldermolt pon tertipu dengan lakonan dia
dia penah bercinta dengan Lily James iaitu emak Harry Potter sejak kecil lagi
kemudian Lily jumpa James Potter dan terus kahwin
hancur hati Severus Snape
sebab itulah Severus Snape benci Harry Potter
tapi lihat cerita aku kat bawah ni, korang akan tahu bertapa baiknya Snape ni

sinopsis



Di sinilah semadinya Elf Bebas yang banyak membantu Harry Potter dan rakan-rakannya
nama beliau Dobby dan beliau sangat comel




Harry Potter bertanyakan soalan dan bertanya tentang kayu sakti yang beliau rampas dari kuncu-kuncu Voldermort termasuk Bellatrix
Olivander juga seorang yang pakar membuat kayu sakti
beliau juga menyimpan serba sikit mengenai Eldest Wand iaitu Items Deathly Hallows



lucu babak ni
Harmoine dan Ron Weasley berlakon jadi Bellatrix dan kuncu-kuncu Voldemort
beliau nak ke Vault Bellatrix untuk mendapatkan Horcrux seterus nya
jadi Harmoine terpaksa menjadi Bellatrix yang agak "gedik-gedik jahat" tu




Merlin Dumbledore iaitu adik kepada Albus Dumbledore juga turut membantu Harry Potter dalam misi menghapuskan Lord Voldermort
beliau bantu Harry untuk masuk ke Hogwat untuk mencari Horcrux seterusnya




babak ini Harry Potter telah kantoikan Snape yang bunuh Dumbledore kepada semua professor dan pelajar di Hogwart




the Aura atau Dumbledore Armys berkumpul untuk menghapuskan Severus Snape termasuk professor Hogwart turut membantu




Snape berjaya melarikan diri dan babak seterusnya Snape berjumpa dengan Vondermort lalu Vondermort membunuh Snape kerana Snape menipu Vondermort
pada masa yang sama, Harry dan rakan-rakannya nampak perkara yang berlaku
setelah, Vondermort beredar Harry dan rakannya membantu Snape
pada masa itu lah Snape ceritakan segala-galanya kepada Harry Potter
Snape bunuh Dumbledore atas kehendak Dumbledore untuk membantu Harry Potter
Snape jugak menceritakan kisah silam nya kepada Harry mengenai Lily Potter
akhirnya Snape mati dan sangat menyedihkan





Prof. McGOnnal menjampi untuk melindungi Hogwart
beliau juga menyeru askar Hogwart yang dibuat daripada batu
hebat jugak Prof. McGonnal ni.







"mereka" bersiap sedia berhadapan dengan tentera Vondemort
akhirnya pelindung jampian itu musnah juga dan akhirnya tentera Vondermort berjaya menyerang masuk ke Hogwart
pentempuran hebat berlaku antara Hogwart's Armys & Vondemort's Armys

pada masa yang sama, Vondemort menyeru Harry Potter ke Rimba untuk berlawan dengan Vondemort
jika Harry tidak hadir ke rimba tersebut, semua rakan dan penghuni di Hogwart dan negara itu akan mati



Vondemort sangka Harry tidak akan datang tapi beliau datang jua
maka, slogan vondemort yang aku tunggu-tungu selama ni keluar juga
"Harry Potter, the boy who lived, come to die"
Harry Potter mati di situ juga kerana terkena spell Avra Kadabra oleh Vondemort




Narcissa Malfoy, emakkepada Draco Malfoy sedang memeriksa Harry yang terlantar di tanah untuk menentukan beliau mati atau tidak
hasil nya, Harry Potter masih hidup atas bantuan Rescuration Stone yang dimiliki oleh Dumbledore lalu dihadiahkan kepada Harry sebagai wasiat beliau selepas beliau mati.
Narcissa menipu Voldemort dan Vondemort percaya Harry telah mati




Vondemolt dan tentera nya ke Hogwart untuk menunjukan bahawa beliau berjaya membunuh Harry dan mayat nya di dukung oleh Hagrid di belakang sana
tapi Vondemort tertipu apabila Harry bangun lalu menyerang Vondemort kali kedua apabila mendengar kata-kata semangart Naville.
Maka pertarungan Hogwart dan Vondemort berlaku buat kali kedua




wajah bangga Naville yang sedang gembira apabila beliau tahu Harry masih hidup dan sedia menyerang Vondemort.
beliau juga berjaya membunuh Nagini, ular peliharaan Vondemort iaitu Horcrux terakhir




sedih apabila Remus dan isteri terkorban dalam pertempuran besar itu
Fred iaitu kembar Geoge juga terkorban dalam pertempuran antara Hogwart dan Vondemort
sangat menyayat hati



Molly emak kepada Ron Weasley dan Ginny Weasley berjaya menewaskan Bellatrix
hebat jugak makcik ni~




pertarungan hebat antara Harry Potter dan Lord Vondemort
akhirnya apakah akan terjadi ??
ada orang kata dua-dua mati ada orang kata Harry hidup dan Vondemort mati
nak tahu tengok sendiri^^
0

blog "karat" asalkan pelawat jangan "karat"

ohh , lama nya tak singgah blog ni
berkarat sana-sini
semakin hari semakin sebuk
semakin bulan semakin kurang pula angka "post" nya

rindu juga menjenguk blog yang serba buruk ni
apa dah jadi pown tak tahu
tapi apabila melihat "stats" dan bilangan pelawat
sentiasa maningkat dan tak putus-putus mengziarahi blog ni

terima kasih yang tak terhingga bagi yang setia dengan blog ni
walaupun kandungan nya tak lah seberapa , tapi korang masih menjenguk blog ni
teruskan setia dengan blog ni ya , dan jangan lupa sila jadi follower sekali
jika ada entry terbaru akan di Wall kan di facebook aku yekk >.<

terima kasih
0

R I N D U

aku rindu
insan yang bergelar "Ex" kekasih aku

aku rindu
tahun 2010 yang banyak beri kenangan pahit dan manis bersama

aku rindu
akan suara beliau dengan loghrat yang digunakankan oleh beliau

aku rindu
senyuman dan gelak tawa beliau

aku rindu
air milo dan meggie kembang beliau

aku rindu
nak berdating berdua-duaan dengan beliau

aku rindu
tangisan dan kemurungan beliau

aku rindu
bila aku bergadoh dengan beliau

aku rindu
ciuman dari beliau

aku rindu
berkaroke dengan beliau

aku rindu
gaya "amboi3" yang selalu digayakan oleh beliau

aku rindu
akan wajah manis beliau

aku rindu
gelaran BiE dan DiE dari beliau

aku rindu
Queens Bay dan Batu Maung Pulau Pinang

aku rindu
segala-galanya tentang beliau

tapi beliau ?
sampai sekarang aku masih ingatkan beliau
dan tak pernah lupakan apa yang beliau buat pada aku
terima kasih dan selamat tinggal

entry terakhir tentang DiE




1

warkah untuk insan bergelar KAWAN

Assalamualaikum
maaf kerana tidak berkarya akhir-akhir ni
busy dehh.

haihh .
ni nak mengadu ni
kalau tak boleh mengadu kat korang
mengadu kat blog pown jadi lah

kalau yang baca ni simpati dengan aku
terima kasih daun keladi
hihi~

susah kan nak percaya kan orang sekarang ni ?
orang meletakan 100% harapan
tapi "meleweh" bak kate budak-budak zaman sekarang
bila depan kita ,
dia lah Malaikat , dia lah Nabi
semua nya perfect belaka
tapi bila dibelakang , syaitan bertanduk 8
korang penah tengok ?
kadang-kadang korang keluar sesiapa saja ,

diorang tu lah syaitan bertanduk 8
tak payah nak berlakon atau hipokrit


pada kawan yang digelar "RAKAN SETIA"
anjing kurap pown masih setia dengan tuan nya yang hina beliau
hidup orang macam ni dah pupus ditelan zaman
ada pown PROPAGANDA semata-mata
RAKAN SETIA hanya dimulut saja
tapi secara praktikal nya HARAM JADAH
musuh dalam selimut
gunting dalam lipatan kain

pada kawan yang sudah berpasangan
tak payah nak risau sangat
aku bukan PERAMPAS macam kau sangkakan
awek kau macam bidari sekali mana pown
tak ada kerja larh aku nak rampas
orang bodoh kuasa dua je buat macam tu
yang nak jeles tak tentu pasal tu apehal ?
kalau aku kata BANGANG kau marah
dah ternyata kau memang BANGANG
buat apa aku nak pecahkan bakal hubungan rumah tangga korang ?
dapat dosa jek dan aku kenal apa itu DOSA , apa itu PAHALA

pada kawan yang terlalu peramah
tak payah nak peramah sangat okey ?
berkawan tak salah , berkawan lah sampai semua orang kat Bumi ni kawan kau
tak cukup ada 9 lagi Planet yang kau boleh buat kawan
amek la aku sikit tak kesah pown
tapi berpada-pada sikit
kadang-kadang kawan yang lama kecik hati sebab tak dilayan
sebuk dengan kawan yang baru
bila susah carik kawan lama , bila senang HARAM contact pown tidak
Terima Kasih atas cara kau menghargai kawan yang digelar SAHABAT KARIB kau macam ni

aku tahu aku tak sesempurna kau
aku tahu aku tulis entry ni pown aku sendiri pown tak betul
terpulang kepada penilai atau setiap individu masing-masing
kalau korang rasa aku ni tak baik orang nya , atau 2x5 je , abaikan entry ni

niat dihati tak ada makna pown nak menghina
malah aku doakan kebahagian kawan-kawan aku
bukan nak cakap besar , tapi hakikat nya BENAR semata-mata
pada aku rakan atau kawan ni adalah ORANG ke2 selepas keluarga
tanpa korang aku pown boleh jadi gila


Terima Kasih kepada mereka yang masih percaya kat aku
dan kepada mereka yang tak percaya tu , apa yang aku boleh katakan
hati dan perasaan orang tak boleh dipaksa
terima seadanya
0

se GENAP di Bulan Mengambang


maaf sebab lama menghilang
saya sebuk lah awak !
purata post setiap bulan pown semakin menurun
maap maap maap ampun di pinta

haihh
meh awok nak kabo sikit
memandangkang mike da tanye awok
awok cite lah sikit ape yang seGENAP tu

19 April
maka genap setahun aku single
tapi masih teringatkan kisah lama
tak tahu menahu kenapa dan bagaimana

orang penah berkata
kalau dah sayangkan seseorang , memang susah untuk di lupakan
gelak tawa , sedih duka , susah senang
semuanya penah lalui bersama
maunya tak sedih

tambahan pula , tarikh ni pulak time bulan mengambang
teringat kata-kata dia dulu , "jika rindu saya , tengok bulan okey ?"
bayangkan apa perasaan korang kalau dah jadi macam ni ?
"menangis tak berlagu"

(jika lupa kisah BULAN , click sini FULL MOON

jadi , kome bagi la awok tips sikit
cena nak lupo kan seseorang
bile dikenangkan balik , ngilu je rase
ce kongsi , ce kongsi (=__=)




0

call me when you're sober

luar tajuk posting dalam English
isinya posting dalam Bahasa Malayu
tak apa , bukan tak sengaja , tapi sengaja
Bahasa Melayu tu kan indah
kalau tulis dalan English pown macam lah korang nak baca

apasaja lah
orang kata lain , dia sebut lain
macam entry aku kali ni
tengok luar English , tengok dalam Bahasa Melayu
apa yang aku cuba katakan ni , "itulah Melayu"

panggil saya ketika awak "mabuk"
itu lah maksud nya
bila kita mabuk , "TENANG" jadinya
kenapa ketika mabuk ?

waras jadi tak waras
ingat jadi lupa
susah jadi senang
benda burok jadi benda baik
"asalkan boleh" bak kata perpatah




alangkah bagosnya kalau kita "mabuk"

orang sekiling tak akan mengganggu kita
kerja tak perlu buat
tak perlu menepati masa
buat sesuka hati tanpa orang marah
tak perlu mengikut peraturan serta displin
hati dan perasaan orang tak perlu ambil kisah
"buat" selagi ia boleh "buat"




bukankah itu semua yang kamu mahu ?
tentu seronok jika berlaku
tapi sekarang ni bukan dah berlaku ke ?
dan apa kaitan "itulah Melayu" ?
0

don't call me when you're arisen

jangan paggil saya ketika awak sedar ?
jangan paggil saya ketika awak mabuk ?

apa bezanya dengan entry sebelum ni ?
kalau dalam matapelajaran Bahasa Melayu
ianya di sebut "kata lawan"
atau dalam English "antonym"

jangan panggil saya ketika awak "sedar"
itu lah maksud nya
bila kita sedar , "HURU-HARA" jadinya
kenapa ketika sedar ? bukan semasa mabuk ?

tak waras jadi waras
lupa jadi ingat
senang jadi susah
perkara baik jadi perkara burok
"terkongkong" bak kata perpatah

tentu tak best bila jadi orang yang sentiasa "sedar"

yelah , hidup sentiasa terganggu
orang tak akan ganggu orang yang tak waras
kerja pula wajib di laksanakan , jika tak orang akan marah
sentiasa menepati masa kalau tak mahu di cop "itulah Melayu"
di kongkong dan tak bole buat pekara yang "haram"
peraturan perlu di ikuti serta berdisplin
bila lakukan sesuatu kena ambil kisah tentang perasaan orang lain
leceh nya bergini

serba "batak" , maka "itulah Melayu"
tak menepati masa , maka "itulah Melayu"
skema sentiasa , maka "itulah Melayu"
hanya sekadar berkata-kata , maka "itulah Melayu"
di beri nasihat yang baik , maka "itulah Melayu"
janji yang tak di ungkap , maka "itulah Melayu"

kalau dalam English , kami gunakan "verbs"
"verbs" di gunakan untuk menetukan perkara yang
telah berlaku , sedang berlaku , dan akan berlaku iaitu
"past tense" , "present tense" , "future tense"

apa maksud semua ni ?
perkara ini menyatakan fikiran manusia
kita tak boleh fikir perkara yang hanya berpihak kepada "present tense"
tanpa "past tense" & tanpa "future tense" , maka ayat yang kita nak cipta itu tak sempurna
bergitu juga dengan fikiran manusia
kita fikir ke satu arah , kita tak akan maju sampai bila-bila
serta tersepit dengan persekitaran yang bermain dengan keadaan kita

"itulah Melayu"
Melayu yang mencipta ayat tanpa "past tense" & "future tense"
hanya berfikir dengan ape yang sedang berlaku saja
sempurnakah "karangan" yang mereka cipta ?



SERABUT ??

kalau korang bijak
LAWANKAN ayat dengan entry "call me when you're sober" & "dont call me when you're arisen"
tentu ada makna di sebaliknya