SlideShow




0

New Picture

uikss
new pictures released XD

visit this
3

gambar-gambar terbaik saya

Assalammualaikum
jam menunjukkan pukul 3.00 pagi
oleh kerana saya bosan
saya post entry gila ni hah

kejadian benar
tak reka cerita pon
ini "ada orang kata" lah
saya tak kata

GAMBAR-GAMBAR PELIK SAYA

ADA ORANG KATA muka saya macam Penagih Dadah

ADA ORANG KATA muka saya macam Kena Cucuk Botox

ADA ORANG KATA saya macam Dah Kahwin

ADA ORANG KATA muka saya macam Mat Salleh

ADA ORANG KATA rambut saya macam Untie yang Selalu Bayar Bill Telefon

ADA ORANG KATA muka saya macam Song Joong Ki

ADA ORANG KATA muka saya macam Gigolo

ADA ORANG KATA rambut saya macam Helmet

ADA ORANG KATA saya macam Tak Reti Bergaya

ADA ORANG KATA muka saya macam Pekerja Korea Sesat kat Malaysia

ADA ORANG KATA muka saya macam Cina Bukit

HAHAHAHA~
itulah saya
jadi konklusinya
saya tak kesah orang nak kata apa
janji saya bahagia dan saya seorang saja yang tahu saya ni macam mana
ok itu saja

terima kasih sebab gelakkan saya
HAHAHAA
1

saya di TWITTER !!

Psssttttttt~
follow my twitter :P



3

ehh !! pakcik Bukakas dah balik

Pakcik Bukakas ?
siapa tu ?

Bukakas tu saya lah
yess ! Pemilik Blog ni hah

lamo bonar den tak update blog ni hah
den busy jah
praktikal, pastu abes praktikal den koje pulak
takdok maso nak layan blog hah

by the way, korang mesti nak tau perkembangan aku kan ?
jom aku kongsi ngan korang

tahun lepas bulan Ogos
busy lah, baru habis belajar
jadi lepas habis belajar aku carik kerja sementara nak sambung degree
konon nya lah !
bulan September aku kerja sambilan kat Keny Rogers Roaster

kerja nya dalam 3 minggu saja
lepas tu berhenti sebab tak biasa kerja kedai makan
habis tangan I nyah ! da kasar gitu.. awww~ kikiki~

lepas beberapa hari kemudian
aku kerja lain, jadi Duta Celcom pulak
ehh, jadi Sales Advisor kat Celcom Bluecube

best kerja ni, seronok, dua ronok, tiga ronok dan beronok-ronok
start kerja pada Oktober 2011

lepas tu aku berhenti kerja sebab nak sambung belajar kata nya
terpaksa tinggal kan Celcom untuk sambung belajar
banyak jugak kenangan

syok punya syok sekali dapat berita aku tak dapat sambung belajar
sebab nya aku lewat bayar yuran ATAP
bukan sengaja aku lewat, aku tak sengaja lah
puncanya aku memilih sangat nak masuk U mana
pilihan "last minute", ni lah jadi nya
so, terpaksa lah tunggu kemasukan seterusnya

nak kerja kat tempat lama, dah penuh pulak
malangnya nasib
dah lah tak dapat sambung belajar
kena tunda pulak tu
lepas tu kerja tak ada

sekarang saya seorang penanam anggur yang berjaya
ada sesiapa nak beli anggur saya ?
(T.T)
0

2012

rasanya masih boleh lagi kot untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru
EndLessly Story ucapkan Selamat Tahun Baru
semoga tahun baru ni banyak memberikan kebaikan daripada keburukan
doakan untuk saya ye ? ^_^
terus mengikuti perkembangan blog ni
akan saya usaha untuk rajin "berblogging"
heheh~

HAPPY NEW YEAR
WELCOME 2012 !! BYEBYE 2011
2

cita-cita saya ialah ...



bapak nya, mahukan nya
jadi seorang askar
bukan cita-cita nya
bukan impian nya






abah cakap
"kenapa kau tak nak jadi macam Abah ?
jadi Askar, kan bagus tu
dalam keluarga kita ni sorang pun tak ada yang ikut jejak Abah"


saya jawab
"Askar ? pegang senapang pun tak larat lagi nak jadi Askar"

mak cakap
"cita-cita kau ? aku tak nak tanya apa cita-cita kau, yang penting dah kerja nanti kasi aku duit
duit tu penting sham !!"


saya jawab
"duit, duit, duit je Mak ni."

cikgu cakap
"sham jadilah seorang cikgu, saya tengok sham ada sifat kepimpinan dan garang.
mesti murid-murid takut tengok sham dan Insyallah, sham mesti jadi cikgu yang cemerlang"







saya jawab
"saya tak minat jadi cikgu la cikgu. nak cakap kat depan orang ramai pun gagap-gagap, ada hati nak jadi cikgu"

abang cakap
"kau belajar bidang Pengurusan Matlumat atau Bisnes, lepas tu jadi Pegawai di Industri Kerajaan. cerah masa depan kau"






saya jawab
"tak mahu. terlalu formal dan terlalu politik. saya tak suka politik la Abang "

kakak cakap
"kau jadi Dokter lah. nanti kita bukak hospital atau klinik sama-sama. kau jadi Dokter, aku jadi Nurse. ok tak ??"






saya jawab
"saya takut darah lah Kakak. lagipun "result" saya teruk, Kakak nak saya jadi Dokter ??
lain kali saja lah"


habis tu ?
ini tak nak, itu tak nak
apa cita-cita kau ni Sham ??

dulu-dulu kala

abad di Sekolah Tadika
"ite nak jadi Polis, nanti boleh ite tangkap orang jahat"






fikiran ke budak-budakkan hanya bertahan untuk seketika sahaja

abad di Sekolah Rendah
"saya nak jadi seorang Juruterbang sebab Abah cakap gajinya besar. lepas tu boleh terbang mana-mana je"






masih belum matang. asalkan boleh

abad di Sekolah Menengah
"saya nak jadi seorang Geologist iaitu Pengkaji Tanah. nanti jika berlaku Gempa Bumi saya lah orang nya yang akan menyelesaikan masalah ini"






terlupa, kat Malaysia mana ada Gempa Bumi =,="

semuanya tak kena dengan hasratnya
lalu bertukar cita-cita lagi

Nak jadi penyanyi lah
mesti terkenal suatu hari nanti






Pakcik Ramli cakap
"JANGAN !! muzik tu sangat memeningkan kepala daripada subject Matematik"

melepas lah lagii~

sehingga ke sekarang, cita-cita aku masih tidak dapat di kenal pasti lagi
nak jadi seorang yang macam mana ni ??

Haaa~
HACKER lah
saya budak IT, awak jaga-jaga taw !!




0

D I A M



shhhhhhhhhhhhh~
diam sana, diam sini, diam situ
jangan bising, jangan kacau, jangan tegur
tutup mulut jangan berkata-kata

kenapa ? kenapa ? kenapa ?
ohh shit !! bila berkata-kata aku hanya bawa bala pada dia
tak habis-habis menyusahkan dia
nasib selalu tak bersama-sama dengan aku

diam adalah lebih baik dari pada berkata-kata

OK ! OK ! OK !
saya diam
jangan tegur dia
jangan ganggu dia
jangan bercakap dengan dia
jangan cari dia

biarkan dia tenang tanpa aku
biarkan dia bahagia tanpa aku
biarkan dia tersenyum tanpa aku
biarkan, biarkan dia

maaf maaf maaf
maaf kerana saya suka menimbulkan kekacauan
maaf kerana saya membuat awak rusing
maaf kerana saya selalu menyusahkan awak

saya diam
awak jangan tegur saya

shhhhhhhhhh~